IPOH: Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi perempuan di dalam kotak di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit, Sungai Nor, Rantau Panjang di Selama, hari ini.
Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata dalam kejadian 7.28 pagi semalam, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki bahawa beliau telah menemukan seorang bayi perempuan di dalam kotak, yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu.
Beliau berkata bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat, seterusnya telah dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan kepada pihak polis berkenaan kejadian tersebut.
"Hasil siasatan, pada 7 Jan 2024 (hari ini) pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berumur 17 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi tersebut, serta perempuan berumur 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.
"Kedua-duanya merupakan pelajar sekolah. Kes telah selesai dengan tangkapan kedua-dua suspek tersebut," katanya dalam kenyataan, malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Polis berkata bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat. - Foto Sinar Harian
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.
JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang
JKM Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar.
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Bayi lelaki ditemukan dalam bungkusan plastik di Bandar Sunway
Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik di tepi jalan di Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini, semalam.
JKM cari waris bayi dijumpai di kedai ayam
JKM Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang dijumpai di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai dekat sini pada 6 Julai lalu.
JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang
JKM Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.
Buang bayi: Tindakan pantas pegawai perubatan, selamatkan nyawa bayi baru lahir
Polis berkata hasil siasatan mendapati ibu bayi itu belum berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
256 kes buang bayi dalam tempoh dua tahun sejak 2020 - Nancy
Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).